Thursday, January 31, 2013

Hair Treatment Series dari CATALYST membantu menyelesaikan masalah rambut!!

Assalamualaikum & salam sejahtera sume...

Alhamdulillah sambutan menggalakkan...baru seminggu Bedak Arab Kokuryu sampai dah hampir kehabisan stok. In Shaa Allah minggu depan sampai lagi ye. Sesiapa yang belum dapatkan..leh la dapatkan dengan segera selagi stok masih ada. Produk terbaik & sangat laris di pasaran masa kini...

Tapi hari ni Fiza bukan nak cerita pasal Bedak Arab ye...sebenarnya nak cerita pasal Set Hair Treatment dari Catalyst ni. Antara produk Catalyst yang kian dipercayai & mendapat sambutan hangat. Yang penting produk ni 100% dari sumber semulajadi,halal, berbau harum & terbukti berkesan. Memang dah ramai yang cuba & berpuas hati dengan hasil yang diorang terima. Nak tahu kelebihan Set Hair Treatment ni???

KEBAIKAN CATALYST HAIR TREATMENT SERIES

* Merawat kebotakan dan keguguran rambut 
* Menghitamkan dan melebatkan rambut 
* Mengatasi masalah penyakit kulit kepala 
* Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala 
* Menghapuskan kelemumur pada kulit, mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan menghalang kulat kelemumur dari membiak 
* Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya 
* Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari 
* Mengatasi masalah kutu rambut
* Menyuburkan kulit kepala


So lepas ni jangan risau ye...nak2 pada sesapa yang ada masalah rambut. Memang rimas kalau rambut ni asyik gugur, berkelimumur pulak tu..lagi lah bermasalah kalau rambut berbau & kurang menyenangkan. Terutama bagi wanita yang berhijab..bila berpeluh je mesti rasa gatal je kulit kepala & rasa macam nak tergaru-garu. Ada tak yang macam ni??? hehehe...(Fiza pon macam ni jugak dulu. gatal je kulit kepalanye.huhuhu...^_^) 
Alhamdulillah, dengan Set Hair dari Catalyst ni...segala masalah rambut boleh diatasi dengan menggunakan Set Hair Treatment dari Catalyst. Sangat mudah & simple sesangat.


Pernah tak korang dengar petua orang2 tua...diorang guna minyak kelapa sebagai minyak rambut untuk kekalkan rambut yang cantik dan sihat? Haa...dengan sedikit pembaharuan teknologi, Catalyst memperkenalkan hair treatment series ni..yang asasnya juga dari minyak kelapa dara..=)
Jom baca sikit tentang penggunaan/pengenalan hair treatment series ni..

HAIR TREATMENT (Merawat)
CARA PENGGUNAAN :

1.Picit dalam anggaran 1/2 cm ke tapak tangan
2.Sapu rata ke seluruh kulit kepala dan rambut dan pastikan terkena sehingga ke akar rambut
3.Biarkan sekurang-kurangnya 1/2 jam atau 45 minit
4.Bilas rambut dengan syampoo dan basuh seperti biasa
*jika rambut anda panjang (sapuan nipis sudah memadai)

Kandungan Hair Treatment: Organic Virgin Coconut Oil, Roses, Herbs, Rosemary, Extra Virgin Olive Oil, Tea Tree Oil, Fragrance.

HAIR REVITALIZER (Penyegar)
Sangat sesuai bagi mereka yang bertudung ~ Boleh menghilangkan kegatalan kulit kepala yang berpunca daripada kelemumur.. Baunya yang sangat wangi.. Juga boleh menghitam dan melebatkan rambut.

CARA PENGGUNAAN :
1.Sapukan hair revitalizer pada rambut anda selepas mencuci rambut. 
(Sapukan rambut yang telah dilap kering. Cara: Picit sedikit ke tapak tangan dan letak ke rambut sehingga rata, hair revitalizer ni macam pakai macam minyak rambut biasa.)
*jika rambut anda panjang (sapuan nipis sudah memadai)



Kandungan Hair Revitalizer: Organic Virgin Coconut Oil, Roses, Herbs, Extra Virgin Olive Oil, fragrance.

** Penyegar rambut adalah untuk kegunaan harian. Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepatkan proses rawatan, penyegaran kulit dan rambut **



TESTIMONI:

















No comments:

Post a Comment