Friday, December 21, 2012

Virgin Coconut Oil (VCO) supplement terbaik untuk Ibu-ibu Mengandung

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam jumaat sume...

Hari ni Fiza nak share something terutama buat ibu-ibu mengandung khasnya ye...=) 
Tahu tak..Virgin Coconut Oil (VCO) juga sangat baik diambil oleh ibu-ibu mengandung, ibu yang menyusukan (BF), ibu yang sedang berpantang...juga sangat bermanfaat untuk bayi/anak...=)

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan kimia atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah Syarikat Bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL


Antara kebaikan VCO untuk ibu-ibu mengandung:

- Menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering
- Menghilangkan strechmark.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk
- Membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk (ibu hamil)
- Berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.
- Mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.
- Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar.
- Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
- Mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.
- Mengawal kandungan gula dalam darah seoanjang kehamilan.
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.
- Meningkatkan kualiti persekitaran rahim & susu ibu
- Kulit bayi lebih lembut & mengurangkan masalah juandise/demam kuning pada bayi.
- Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.
- Dapat mengelakkan kekejangan dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis dan peha)
- Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.


Selain bagus untuk kulit..kesihatan dalaman dan luaran...Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.
VCO mampu bertindak untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki mahupun wanita terutamanya yang telah berkahwin.
Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni, ada lebih dari 3 orang yang amalkan VCO secara consistent dah berjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik.

Soalan yang biasanya diajukan oleh pengguna VCO...


Orang mengandung boleh makan ke? Ada side effect tak?
Jawapannye BOLEH .Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan mahupun juga bayi. 100% dari minyak kelapa dara Gred A dan ada juga few mommies yang berkongsi VCO merupakan MILK BOOSTER mereka =)

Sewaktu mengandung
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan In Shaa ALLAH memudahkan proses bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada bayi. Masalah perut harimau (^_^)V atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan seperti bio oil. (VCO sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu).

Sewaktu menyusukan (BF)
Makan VCO seperti biasa..baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Sapukan VCO untuk rambut bayi supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.

Semasa Dalam Pantang
Juga amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering =) Anda juga boleh ambil collagen sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah =)

4 comments:

  1. sy nak tny, sy skrg tgh preknan.. tgh survey utk beli VCO ni.. vco ni boleh bli yg mcm dkt supermarket tu ke yg special utk pregnancy punya.. tq..

    ReplyDelete
  2. Ada byk brand dipasaran. Yang dibuat secara coldpress adlh terbaik.

    ReplyDelete
  3. Ada byk brand dipasaran. Yang dibuat secara coldpress adlh terbaik.

    ReplyDelete