Thursday, September 27, 2012

VCO Softgel = VCO Pure Oil

Salam Sume...
Ramai yang terKELIRU tentang Virgin Coconut Oil (VCO) ni...
VCO Softgel dan VCO Pure Oil adalah dua benda yang sama...Khasiatnya juga sama..Cuma bentuknya sahaja yang berbeza. 

VCO Softgel yang berbentuk kapsul dibuat untuk mempermudahkan kite telan. Ia disaluti dengan gelatin yang diperbuat daripada lemak sayuran dan mudah untuk dihadam. Jangan risau k, Catalyst akan sentiasa memastikan produknya berkualiti dan 100% daripada sumber semulajadi & HALAL =) 

Bagi VCO Pure Oil iaitu berbentuk cecair/liquid...Ia juga boleh diambil/diminum 2kali sehari (1Sudu Teh). Memang takde masalah. Bergantung pada kebiasaan individu...kalau rasa boleh telan, tak salah untuk mengambil VCO jenis liquid ni..=) VCO Pure Oil juga boleh dijadikan sebagai Rawatan Masalah Kulit. Kerana di dalam VCO  ini mengandungi Vitamin A(Retinol) yang sememangnya sangat effective untuk membuang sel mati dan membina semula collagen.  Itulah sebabnya kenapa VCO selalu dicadangkan untuk disapukan ke muka/ pada kulit2 yang bermasalah...supaya sel kulit mati bahagian tersebut akan tertanggal dan digantikan dengan sel baru...=)
Abis VCO Softgel tak boleh sapu ke???
VCO Softgel ini juga boleh digunakan untuk tujuan sapuan..iaitu dengan cara cucuk menggunakan jarum dan picit keluar cecair VCO tersebut then sapu pada bahagian yang hendak disapu.. sangat praktikalkan? banyak sangat kegunaan n khasiat VCO ni...

Antaranya ialah : Boleh dijadikan sebagai masker, pelembab kulit, rambut mahupun bibir. Bagi wanita, VCO boleh dijadikan sebagai makeup remover untuk membuang sisa makeup di wajah. 
Boleh juga menyelesaikan masalah jerawat dengan membuat sapuan pada jerawat dan InsyaAllah..jerawat lebih cepat kecut dan tiada kesan parut jerawat di muka =).
VCO ni juga sangat elok diamalkan bagi mereka yang inginkan kulit yang lembut dan mampu mengatasi masalah kulit kusam.
Penggunaan yang kerap boleh memudarkan parut. TRYlah...tak rugi mencuba =)





No comments:

Post a Comment