Friday, September 28, 2012

VCO dan Resdung


Mungkin ada di antara anda sume tak tahu yang anda ada resdung? mungkin anda rasa selesema tapi mungkin sebenarnya resdung? Hmmm…di sini Fiza ada sedikit info tentang resdung…try check maybe anda ada salah satu dari gejala ini..seeloknya MENCEGAH DARI AWAL SEBELUM MELARAT...=)


* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada b
ahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Apa itu Resdung???

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan...Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu... =)

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 


Petua Mencegah Resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

**Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer tao =)

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

**Lebih baik jika anda sampai jer rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk,debu dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.


Rawatan tanpa ubat dgn Minyak Kelapa Dara (VCO)

VCO boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk rawatan sinus dan melegakan masalah pernafasan..membantu bernafas dengan mudah.

**Info: Minyak Kelapa Dara merupakan pembasmi kuman semulajadi. 
Dalam tahun 1966, seorang professor famakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus & anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak Kelapa Dara. Sejak dari itu,lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus & anti protozoa. Sifat Pmbasmi kuman ini telah menjadikan Minyak Kelapa Dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan olah kuman seperti resdung.

~cara rawatan: 
Titiskan VCO ke dlm hidung (seeloknya gunakan alat penitis) dengan keadaan berbaring dan kepala menurun (seperti mendongak) selama lebih kurang 10minit @ sehingga VCO masuk ke dalam sinus anda. Ia mampu mengurangkan lendir pada sinus dan membantu untuk bernafas dengan lebih selesa. Seeloknya amalkan makan VCO untuk keberkesanan yang berpnjangan dan untuk kesihatan anda.

***Ok,sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua dan tips ni ye =)

~Selamat Mencuba... ^,^ ~


No comments:

Post a Comment