Monday, April 29, 2013

Isu Tentang Bedak Arab Tiruan Lagi...

Assalamualaikum..w.r.t.
Hari ni Fiza nak share lagi isu tentang produk Bedak Arab Kokuryu yang TIRUAN. Sekarang ni macam-macam kes pasal produk tak ori/tiruan ni. Macam-macam yang orang tak bertanggungjawab ni akan buat untuk mengaburi mata pengguna supaya produk yang mereka keluarkan ni seakan-akan kelihatan seperti yang original. Bukan produk bedak arab ni je yang ade kes sebegini. Produk-produk lain juga tak kurang hebatnya. Diorang ni nak kaut keuntungan tanpa fikirkan kesan pada pengguna yang memakainya. Lau elok takpe, ni merosakkan kulit orang. Bahaya tau menggunakan produk tiruan ni.
So, harap sume pengguna dapat berhati-hati n nilai sendiri untuk pastikan yang mana yang original & yang bukan. Harap dengan sedikit info dari eiffyzaku.blogspot.com ni sedikit sebanyak dapat membantulah ye..^_^

Ni adalah info yang Eiffyzaku dapat dari seorang kenalan ye..nampak serupa tapi tak sama. Yang semestinya, memang die jual pada harga yang murah n terdapat sticker hologram juga tapi jangan terpedaya..sebab sememangnya barang tiruan tak boleh tiru 100% dengan barang yang ori k.
Antara ciri-ciri bedak arab tiruan/palsu:
1) Bedaknya ada sticker hologram/cop emas juga dan imported gigi queen juga, macam yang original.
2) Di belakang bekas bedak ada cop emas juga dan ada tulisan " sun joil city". kalau bedak original " sun juan city" (sila rujuk pada pic kat bawah ye..)
3) Di belakang bawah kotak bedak tertulis CN NO:.. LOT NO:... MPG DATE:.... kalau bedak original tertulis LOT NO: .... MPG DATE: .....

4) Warna bedak sama dengan yang original, tapi bau bedak sangat berbeza dengan yang original..(original pun bau die lebih kuat)

Yang original yang Eiffyzaku dapat k..



PESANAN:
Tidak semestinya Bedak Arab yg tidak mempunyai sticker hologram/cop berwarna emas atau sticker berlabel tulisan arab itu tiruan. Terdapat juga Bedak Arab yang Original yang dijual tidak mempunyai sticker2 tersebut.
Sebab kadang-kala Eiffyzaku sendiri dapat Bedak Arab yang tanpa sticker2 tersebut.
Ni antara packaging yang Eiffyzaku dapat. Dan Alhamdulillah 100% original.




2 comments:

  1. Kalau nak pesan, gimana cara nya? Saya dari indonesia, berapa harga bedak arab, pakai mata uang rupiah. Saya mau beli bedak arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pos ke Indonesia kami belum pernah buat lagi. Tapi bekemungkinan besar postage ke sana agak mahal dear.

      Delete