Wednesday, December 12, 2012

Minyak Kelapa Dara (VCO) as MINYAK AJAIB

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil merupakan satu kurniaan Allah yang digelar sebagai "Minyak Ajaib". Ianya merangkumi segala aspek termasuklah dari segi kesihatan, kecantikan dan juga sebagai makanan tambahan. Disebabkan itulah ia merupakan satu anugerah yang tak ternilai dan akan terus kekal bersama kita untuk kita sama-sama nikmati khasiatnya..dan amat sesuai untuk diminum dan diamalkan. 

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau pemanasan api serta tidak mengandungi campuran bahan kimia lain. Seperti yang kita sedia maklum, ada vitamin dan zat-zat tertentu yang akan menghurai dan seterusnya rosak pada tahap suhu yang tinggi. Justeru, struktur asal dalaman Minyak Kelapa Dara ini dapat dikekalkan seasli-aslinya dan mengandungi semua zat-zat dan mineral semulajadi yang terkandung di dalam kelapa.

Minyak Kelapa Dara Catalyst telah dikategorikan / dikelaskan sebagai makanan tambahan, bukan ubat-ubatan dan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

  • Minyak Kelapa Dara ialah minyak yang paling berkhasiat dalam dunia. Ia juga digelar sebagai "minyak ajaib".
  • Minyak Kelapa Dara dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan yang memberi banyak kesan positif kepada kesihatan manusia.
  • Menurut statistik, Minyak Kelapa Dara adalah antara produk yang paling dikaji oleh universiti-universiti di seluruh dunia.
  • Komponen 'magik' yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara ialah asid laurik dan Vitamin E.
  • Kandungan lemak dalam Minyak Kelapa Dara adalah unik kerana struktur molekular asid lemak tersebut. Asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah MCFA (asid Lemak Rangkaian Sederhana), di mana ia langsung tidak memberi kesan negatif terutamanya terhadap kolestrol malah ia membantu untuk mencegah penyakit jantung.
  • Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 50% asid laurik yang merupakan asid lemak yang sememangnya membantu meningkatkan tahap kesihatan. Menurut kajian, asid laurik terbukti sebagai antimikrobial, antivirus dan meningkatkan sistem pertahanan dalam tubuh kita. Asid laurik merupakan komponen dalam susu ibu yang membekalkan daya ketahanan atau daya imunisasi kepada bayi baru lahir untuk menentang penyakit.
Kandungan zat dalam minyak kelapa dara:
  • Saturated fatty acid (asid lemak tepu) - Kebanyakkan adalah MCT (Triglycerides Rangkaian Sederhana) yang akan melalui proses penghadaman dengan baik. Asid laurik adalah penyumbang utama dengan lebih 40% dan selebihnya adalah Asid Kaprik, Asid Myristik dan Palmitik
  • Asid Lemak Poli Tidak Tepu : Asid Linoleic - Asid lemak yang penting ini kesemuanya adalah Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan asid lemak methylene-interrupted.
  • Asid Lemak Mono Tidak Tepu : Asid Oleic - Ini dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan secara langsung dapat mencegah daripada penyakit jantung dan strok. Ia juga membekalkan nutrien yang membantu untuk mengekalkan dan merangsang sel dalam tubuh.
  • Poly-phenols : Asid Galik iaitu Asid phenolik - Poly-phenols adalah kandungan yang menghasilkan aroma dan rasa Minyak Kelapa Dara
  • Vitamin E, Vitamin K dan mineral seperti zat besi - Vitamin E amat penting untuk sel dan kulit kita kerana:
    • Mengandungi antioksidan
    • Membantu untuk menjana fungsi vitamin A
    • Merawat kebanyakan penyakit kulit
    • Mengekalkan kesimbangan kulit
    • Merupakan elemen anti-penuaan dengan membekalkan kelembapan kepada sel dan kulit
Memandangkan VCO kaya dengan zat-zat semulajadinya...ia dapat memberi pelbagai kesan yang positif kepada kesihatan penggunanya.
Antaranya:
- Meningkat & memperbaiki sistem pertahanan badan
- Meningkat kadar metabolisme badan
- Anti virus, bakteria, kulat & parasit yang semulajadi
Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
- Anti oksida semulajadi
- Mengurangkan kesan penuaan & kedutan pada kulit
- Meningkat fungsi kelenjar tiroid
- Melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
- Tidak meningkatan kepekatan atau platelet darah
- Meningkatkan penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
Mengurangkan kandungan lemak dalam badan
- Berupaya menurunkan berat badan
- Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut & badan manusia
Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
- Membekal sumber tenaga dengan cepat
Mengurangkan keadaan mudah lapar
- Melembap & melembutkan kulit 
- Mengurangkan kesan keracunan makanan
- Membakar & mengurangkan kolestrol dalam badan
- Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
- Mengurangkan risiko & kesan penyakit jantung
- Mengurangkan risiko & kesan darah tinggi
- Mengurangkan risiko & kesan kencing manis
- Mengurangkan risiko & kesan demam
- Mengurangkan risiko & kesan batuk biasa / batuk kering
- Mengurangkan risiko & kesan selsema & resdung
- Mengurangkan risiko & kesan demam campak & cacar air
- Mengurangkan risiko & kesan penyakit kanser
Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
Mengatasi masalah monopaus
- Membaiki & meningkatkan kesuburan
Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
- Melegakan pernafasan

1 comment:

  1. Terima kasih... Memang sedang mencari maklumat mengenai minyak kelapa dara :)

    ReplyDelete