Monday, October 1, 2012

Jom ikuti INFO Minyak Kelapa Dara & Kelebihannya dalam kandungan Susu Ibu

Salam, hari ni Fiza nak share sikit INFO tentang Khasiat Minyak Kelapa Dara (VCO) kepada ibu-ibu yang menyusukan dan bagi bayi yang minum susu ibu.
Secara keseluruhan, VCO memang sangat terbaik sebab die bukan sahaja memberi khasiat semulajadinya kepada ibu yang mengamalkan makan VCO ni sahaja tetapi juga bermanfaat untuk anak yang menyusu...

Jom ikuti INFO Minyak Kelapa Dara & Kelebihannya dalam kandungan Susu Ibu

Tahukah kita bahawa, susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric 


Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila Minyak Kelapa Dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar 3x ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar 2x ganda.
Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
 Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). 
Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan
**Satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fizik bukan kadar penyimpanan lemak. 
Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.

Apepun, semuanya datang dari Allah..yang penting kita sebagai hambanya seeloknya berusaha dan mencari ikhtiar serta sentiasa berdoa untuk mendapatkan ape yang terbaik..InsyaAllah.

Kat bawah ni ade doa untuk ibu2 amalkan bagi perbanyakkan susu ibu...=)
Maksudnya:


Dan (ingatlah) ketika Musa meminta air untuk kaumnya, lalu Kami berkata: Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Lalu terpancarlah dua belas mata air daripadanya. Sesungguhnya tiap-tiap orang telah mengetahui tempat minum masing-masing: Makan dan minumlah dari rezeki Allah dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi seumpama mereka yang melakukan kerosakan.



Al-Baqarah: 60


No comments:

Post a Comment