Wednesday, September 19, 2012

Info mengenai Minyak Kelapa Dara (VCO) & Penyakit Jantung



Makan tu tak boleh, makan ni tak boleh.. nanti sakit jantung, kene strok.. santan bahaya, kolesterol tinggi! Semua lantunan komen itu membantutkan pilihan selera dan citarasa kita. Malah ramai orang mula beralih kepada susu lembu sebagai alternatif santan. Begitulah reputasi buruk yang dilemparkan kepada santan dan kelapa. Benarkah begitu? Ketahuilah wahai pembaca sekalian, kesemuanya tidak benar!

Kelapa sangat berkhasiat. Kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasikan sebagai makanan banyak fungsi. Malah, saintis menggelarkannya 'buah kehidupan' kerana banyak manfaat kesihatan. Jadi, apa yang benar tentang kelapa dan santan? Jom baca sikit info tentang santan/minyak kelapa dengan penyakit jantung =)

1) Penyakit jantung yang dihadapi kebanyakan orang bukanlah disebabkan minyak kelapa atau santan, tetapi daripada unsur lain yang hadir di dalam makanan seperti margerin, kerepek, makanan panggang, burger, roti canai, mentega dan makanan terproses lain. Juga daripada santan yang diubahsuai dengan minyak terhidrogen. Santan asli sebenarnya lebih baik daripada susu cair atau susu tenusu yang kerap digunakan dalam masakan. 

2) Santan TIDAK bertukar kepada kolesterol mudarat terhadap arteri. Malah, penduduk dunia yang banyak bergantung kepada kelapa sebagai sumber utama lemak didapati bebas daripada penyakit jantung.

3) Penyelidikan mengesyorkan orang dewasa biasa boleh mendapat manfaat daripada 24g asid laurik setiap hari. Ini boleh didapati dengan memakan setengah sudu makan minyak kelapa, 10 auns santan asli @ tujuh auns kelapa mentah sehari. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO) yang terbukti baik untuk kesihatan kerana ianya mengandungi asid laurik sekitar 50-70% yang boleh membantu mencegah masalah jantung, termasuk kadar kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi.

4) Asid lemak di dalam santan dan minyak kelapa adalah asid laurik, iaitu sejenis lemak yang sama yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang.

Pada pertengahan tahun 1980-an, minyak soya menguasai 70 peratus pasaran AS, minyak sawit dan kelapa hanya 4 peratus. Bagaimana pun, minat masyarakat AS mula beralih kepada minyak diimport. Dalam tahun 1983, Persatuan Kacang Soya Amerika (ASA) dengan sokongan kumpulan petani, melancarkan siri serangan yang dikenali sebagai "Kempen Minyak Tropika". Kempen ini mencipta satu terma baru - "minyak tropika". Sasaran ialah untuk menyerang minyak sawit dan kelapa.

Tujuan sebenar kempen ini ialah untuk mengatasi saingan minyak import. maka, kempen besar-besaran dilakukan termasuklah menggubal undang-undang berkaitan peningkatan kolesterol minyak tepu. Media mula memainkan peranan dengan meletak tajuk utama "The Poisoning of America!".

Kempen ini sangat berjaya mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap minyak sawit dan kelapa. Kini, ahli-ahli sains berasa bertanggungjawab membetulkan keadaan, mereka mula mengemukakan bukti saintifik tentang kebaikan kelapa dan santannya.

Sumber: Majalah ANIS Januari 2011

*** So jangan ragu-ragu untuk mencuba VCO ni ye. Khasiatnya memang mujarab dan ianya merupakan supplement harian Saya dan keluarga =)

No comments:

Post a Comment